Saturday, 12 March 2011

Sejarah Sekolah



1906 Sekolah ini ditubuhkan dengan nama Sekolah Melayu Labu Hilir di atas Tanah kerajaan seluas 2 ekar 4 pol yang diperbuat daripada kayu berlantai simen dan beratap nipah. Satu darjah aliran Inggeris ditubuhkan, menumpang di Sekolah Kebangsaan Labu Hilir dengan pentadbiran yang berlainan.

1957 Sebuah bangunan empat darjah didirikan untuk Sekolah Inggeris di kawasan yang sama.
1960 Kerajaan membeli tanah estet bersebelahan seluas 4 ekar 3 rd. dan membina bangunan baru sejumlah 6 bilik darjah untuk sekolah kebangsaan.Bangunan lama dirobohkan. Sekolah Inggeris masih terus berjalan.

1973 Mulai 1 Januari 1973, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mencantumkan sekolah ini dengan Sekolah Inggeris dan pada 16 Oktober 1973 ia diberi nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Shah bandar Abu Bakar, Labu Hilir.

1974 Pada 6 Januari 1974 bangunan baru digunakan sepenuhnya. 1975 Y.A.B Dr.Mahathir bin Mohamad,Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu telah merasmikan bangunan baru pada 5.5.1975.

1987 Satu blok bangunan dua tingkat dibina menempatkan Perpustakaan, Makmal Komputer, Makmal Sains dan satu bilik darjah.Bangunan tambahan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohd.Isa bin Abdul Samad pada 7 November 1987.

1997 Mulai Jun 1997,sekolah memulakan persekolahan dua sesi kerana kekurangan bilik untuk menampung bilangan murid yang bertambah. (tahun 2 dan 3 di sesi petang) Blok bangunan tiga tingkat dibina yang mengandungi  bilik kemahiran hidup, makmal sains, perpustakaan, bilik muzik dan bilik mesyuarat.

1998 Bangunan tambahan siap dibina .Persekolahan satu sesi tidak dapat dijalankan lagi kerana bangunan belum diserahkan kepada sekolah dan belum dilengkapi dengan perabot.

1999 Mulai 1 Januari 99, bangunan siap dan layak digunakan. P&P dijalankan satu sesi sahaja.

2000 Pengagihan murid dibuat apabila SK Taman Semarak, Nilai, SK. Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai dan SK Desa Jasmin, Bandar Baru Nilai berfungsi sepenuhnya. Jumlah keramaian murid merosot kepada 37 peratus. Peruntukan makmal komputer IT diluluskan dan memulakan pembinaan.

2001 Bangunan Makmal Komputer IT telah dirobohkan atas sebab menyalahi struktur pembinaan.

2004 Pembinaan semula Makmal Komputer / IT dilaksanakan dan siap dilaksanakan 2005 Makmal Komputer boleh berfungsi dan P & P berkomputer di laksanakan.

2006 Perasmian bangunan baru 3 tingkat dan makmal komputer oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 4 April 2006.



 Bangunan sekolah lama yang kini dijadikan Kem Pengakap Daerah Seremban Barat


Bangunan baru yang kini digunakan sehingga sekarang




Perasmian bangunan baru oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad



Guru-guru di tapak asal sekolah yang kini dijadikan Kem Pengakap Daerah Seremban Barat.

No comments:

Post a Comment