Sunday, 13 March 2011

Lagu Sekolah

Dato’ Shah Bandar Abu Bakar
Itulah sekolah kami
Membentuk pekerti mulia
Berjaya berjasa berbakti

Dato’ Shah Bandar Abu Bakar
Menyemaikan ilmu mulia
Mengasuh membentuk akhlak kita
Menjadi rakyat yang sempurna

Belajar bermain bekerja
Amalan kami semuanya
Menjadi rakyat yang sempurna
Untuk nusa dan bangsa

Dato’ Shah Bandar Abu Bakar
Itulah sekolah kami
Membentuk pekerti mulia
Berjaya berjasa berbakti

Saturday, 12 March 2011

Logo Sekolah




BUKU

Buku membawa maksud pendidikan adalah matlamat utama dalam proses p & p. Buku juga dapat ditakrifkan sebagai satu cabang ilmu yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Melalui pendidikan,seseorang itu dapat mengubah corak hidupnya.

EMPAT GELUNG
INTELEK

Melalui pendidikan, dapat melahirkan masyarakat yang berilmu,berwawasan dan beretika. Ia penting dalam membentuk peribadi murid agar berdaya saing dalam pendidikan.
JASMANI

Melalui pendidikan agama yang padu seseorang murid itu dapat dibentuk akhlak dan daapat menjadi individu yang baik. Penekanan terhadap agama penting agar setiap murid dapat membezakan sesuatu perkara yang positif dan negatif.

EMOSI
Aktiviti ko-kurikulum juga penting dan ia perlu seiring dengan kurikulum. Melalui aktiviti ko-kurikulum juga dapat mencungkil bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh setiap murid melalui persatuan, badan beruniform dan permainan yang dicebur.
Setiap murid perlu mempunyai semangat cintakan negara.Melalui sikap ini, seseorang murid itu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dengan cenmerlang dan sebagai rakyat yang berhemah.
WARNA

KUNING
Merujuk kepada lambang pemerintahan beraja yang terdapat di Negeri Sembilan. Kehidupan rakyat yang di tadbir oleh pemerintah dan raja yang adil akan menjadikan Negeri Sembilan lebih berjaya.
BIRU

Warna biru yang terdapat pada hampir keseluruhan lencana membawa maksud bahawa kedamaian, ketenangan adalah elemen penting dalam suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah. Warna biru juga membawa maksud keharmonian dan kesejahteraan pada murid-murid dan warga sekolah. Warna biru juga dapat ditafsirkan sebagai suasana sekolah yang sentiasa aman dan merupakan tempat selamat untuk menuntut ilmu.
PUTIH

Merujuk kepada kesucian hati murid-murid yang datang menuntut ilmu. Warna putrih juga membawa maksud tulus sucinya perasaan guru –guru yang mengajar murid-murid di sekolah ini. 3 warna iaitu Merah , Hitam dan Kuning melambangkan warna bagi bendera Negeri Sembilan.

Alamat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Dato' Shahbandar Abu Bakar,
Labu Hilir, 71900 Labu,
Negeri Sembilan



No Tel : 06-7992511
No Fax : 06-7992511


Kod Sekolah : NBE 4143

Sejarah Sekolah



1906 Sekolah ini ditubuhkan dengan nama Sekolah Melayu Labu Hilir di atas Tanah kerajaan seluas 2 ekar 4 pol yang diperbuat daripada kayu berlantai simen dan beratap nipah. Satu darjah aliran Inggeris ditubuhkan, menumpang di Sekolah Kebangsaan Labu Hilir dengan pentadbiran yang berlainan.

1957 Sebuah bangunan empat darjah didirikan untuk Sekolah Inggeris di kawasan yang sama.
1960 Kerajaan membeli tanah estet bersebelahan seluas 4 ekar 3 rd. dan membina bangunan baru sejumlah 6 bilik darjah untuk sekolah kebangsaan.Bangunan lama dirobohkan. Sekolah Inggeris masih terus berjalan.

1973 Mulai 1 Januari 1973, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mencantumkan sekolah ini dengan Sekolah Inggeris dan pada 16 Oktober 1973 ia diberi nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Shah bandar Abu Bakar, Labu Hilir.

1974 Pada 6 Januari 1974 bangunan baru digunakan sepenuhnya. 1975 Y.A.B Dr.Mahathir bin Mohamad,Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu telah merasmikan bangunan baru pada 5.5.1975.

1987 Satu blok bangunan dua tingkat dibina menempatkan Perpustakaan, Makmal Komputer, Makmal Sains dan satu bilik darjah.Bangunan tambahan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohd.Isa bin Abdul Samad pada 7 November 1987.

1997 Mulai Jun 1997,sekolah memulakan persekolahan dua sesi kerana kekurangan bilik untuk menampung bilangan murid yang bertambah. (tahun 2 dan 3 di sesi petang) Blok bangunan tiga tingkat dibina yang mengandungi  bilik kemahiran hidup, makmal sains, perpustakaan, bilik muzik dan bilik mesyuarat.

1998 Bangunan tambahan siap dibina .Persekolahan satu sesi tidak dapat dijalankan lagi kerana bangunan belum diserahkan kepada sekolah dan belum dilengkapi dengan perabot.

1999 Mulai 1 Januari 99, bangunan siap dan layak digunakan. P&P dijalankan satu sesi sahaja.

2000 Pengagihan murid dibuat apabila SK Taman Semarak, Nilai, SK. Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai dan SK Desa Jasmin, Bandar Baru Nilai berfungsi sepenuhnya. Jumlah keramaian murid merosot kepada 37 peratus. Peruntukan makmal komputer IT diluluskan dan memulakan pembinaan.

2001 Bangunan Makmal Komputer IT telah dirobohkan atas sebab menyalahi struktur pembinaan.

2004 Pembinaan semula Makmal Komputer / IT dilaksanakan dan siap dilaksanakan 2005 Makmal Komputer boleh berfungsi dan P & P berkomputer di laksanakan.

2006 Perasmian bangunan baru 3 tingkat dan makmal komputer oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 4 April 2006.



 Bangunan sekolah lama yang kini dijadikan Kem Pengakap Daerah Seremban Barat


Bangunan baru yang kini digunakan sehingga sekarang




Perasmian bangunan baru oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad



Guru-guru di tapak asal sekolah yang kini dijadikan Kem Pengakap Daerah Seremban Barat.